PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI BERDAFTAR

Mu’alij (Perawat) kami merupakan Pengamal Perubatan Tradisional Dan Komplementari yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di bawah Seksyen 23 Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 atau lebih dikenali dengan Akta 775.

Merupakan Pengamal Perubatan Tradisional Dan Komplementari Profesional yang bertauliah, berpengalaman, berkemahiran dan terlatih serta mempunyai pengalaman merawat golongan VVIP, golongan Profesional, tokoh korporat, ahli politik, ahli perniagaan, artis, selebriti, penyanyi popular, pelakon terkenal tanahair, atlet negara, founder produk dan pelbagai latar belakang masyarakat serta pelbagai peringkat umur, dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah kepada golongan warga emas.

Mu’alij (Perawat) kami bukan sahaja merawat pesakit dari kalangan warga negara Malaysia, tetapi juga sering menerima jemputan untuk merawat pesakit warga negara asing yang berada di Malaysia yang mengalami masalah rohani, jasmani, spiritual dan sebagainya, serta merawat warga negara jiran yang sanggup datang ke Malaysia untuk mendapatkan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Profesional.

AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (AKTA 775)

Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 atau dikenali juga dengan Akta 775 merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari bagi mengawal selia perkhidmatan Perubatan Tradisional Dan Komplementari di Malaysia dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 

Akta 775 telah mendapat Perkenan Diraja pada 2 Mac 2016 dan telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 10 Mac 2016 dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2016 oleh YB Menteri Kesihatan. Malaysia adalah merupakan antara beberapa negara terawal di dunia yang telah menggubal Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari.

Seseorang Pengamal Perubatan Tradisional Dan Komplementari di Malaysia yang ingin mengamal di dalam bidang amalan diiktiraf di bawah Perubatan Tradisional Dan Komplementari perlulah berdaftar di bawah Akta 775 ini.

Pada masa ini terdapat tujuh bidang amalan yang diiktiraf di bawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 iaitu Perubatan Tradisional Melayu, Perubatan Tradisional Cina, Perubatan Tradisional India, Homeopati, Pengubatan Islam, Kiropraktik dan Osteopati.

Seksyen 25 akta ini menyatakan seseorang yang bukan seorang pengamal berdaftar tidak boleh, secara langsung atau tidak langsung, mengamalkan perkhidmatan Perubatan Tradisional Dan Komplementari. Sekiranya disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 26 akta ini pula menyatakan pengamal berdaftar tidak boleh mengamal bidang amalan yang diiktiraf kecuali jika dia memegang perakuan pengamalan yang sah dan berkuat kuasa.

KOD TINGKAH LAKU PROFESIONAL

Mu’alij (Perawat) kami juga tertakluk dan sentiasa mematuhi Kod Tingkah Laku Profesional Untuk Pengamal Perubatan Tradisional Dan Komplementari yang merangkumi piawaian amalan mandatori dalam Kod Tadbir Urus dan Kod Amalan supaya sentiasa mematuhi piawaian Profesional dan berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab.

Kod Tadbir Urus merujuk kepada kod yang memperuntukkan tentang pendekatan, mekanisma, kaedah atau corak pengurusan yang efektif bagi Pengamal Perubatan Tradisional Dan Komplementari seperti yang ditetapkan oleh Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari dan hendaklah dipatuhi oleh Pengamal Perubatan Tradisional Dan Komplementari.

Kod Amalan pula merujuk kepada kod praktis bagi Pengamal Perubatan Tradisional Dan Komplementari berkaitan dengan mana-mana bidang amalan diiktiraf seperti yang ditetapkan oleh Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari dan hendaklah dipatuhi oleh Pengamal Perubatan Tradisional Dan Komplementari.

Sebelum mendapatkan sebarang rawatan Perubatan Tradisional Dan Komplementari di dalam bidang amalan yang diiktiraf, sila pastikan Perawat yang merawat anda adalah seorang Pengamal yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016. 
 

Sekiranya anda ingin mendapatkan Rawatan Pengubatan Islam dari Pengamal Pengubatan Islam Berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sila KLIK di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut dan seterusnya menetapkan tarikh, masa dan lokasi temujanji rawatan.

Membuat temujanji rawatan lebih awal adalah sangat digalakkan. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kekosongan slot rawatan yang masih ada.

www.RawatanPengubatanIslam.com

© 2025 Rawatan Pengubatan Islam | Semua Hak Cipta Terpelihara

Silakan Share Untuk Manfaat Bersama!