Johor | Melaka | Negeri Sembilan | Selangor | Putrajaya | Kuala Lumpur | Perak | Pulau Pinang | Kedah | Perlis | Kelantan | Terengganu | Pahang | Sabah | Sarawak
Pihak Kami Menyediakan Perkhidmatan Khidmat Nasihat, Sesi Runding Cara Dan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Profesional Yang Bersistematik Dan Patuh Syariah, Secara Personal Terus Ke Rumah, Pejabat, Hotel, Premis Perniagaan, Hospital, Pusat Perubatan Dan Lokasi Pilihan Anda Di Seluruh Malaysia, Terutamanya Di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya Dan Di Kawasan Sekitarnya.
(Dengan Temujanji Sahaja)

Elemen Dan Pendekatan Rawatan Yang Digunakan

Pihak Kami Menggunakan Integrasi 3 Elemen Dan Pendekatan Di Dalam Rawatan Pengubatan Islam Seperti Berikut:-

Kaunseling Syar'ie

Satu Proses Memberi Bantuan Dan Bimbingan Dari Aspek Fizikal, Rohani Dan Spiritual Kepada Seorang Atau Lebih Klien Yang Normal Dan Sedang Menghadapi Masalah Dalam Hidupnya

Psikospiritual Islam

Sebuah Disiplin Ilmu Yang Menggabungkan Elemen Psikologi Dan Kerohanian Berteraskan Teori Dan Amalan Dalam Islam Bersumberkan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak Dan Salafussoleh

'Ilaj Syar'ie

Satu Kaedah Rawatan Berasaskan Syariah Dan Kerohanian Islam Untuk Menangani Penyakit Yang Menimpa Seseorang Berasaskan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak Dan Salafussoleh

PERHATIAN: Bersama-sama Dengan 3 Pendekatan Di Atas, Pihak Kami Juga Menerapkan Elemen Pemantapan Akidah, Perlaksanaan Ibadah, Pengukuhan Akhlak Dan Penghayatan Beragama Di Dalam Setiap Sesi Rawatan Untuk Kesan Penyembuhan Yang Lebih Optimum, Dengan Izin Allah.

Mu'alij (Perawat) Profesional & Bertauliah

Mu’alij (Perawat) Kami Merupakan Pengamal Pengubatan Islam (‘Ilaj Syar’ie) Profesional Yang Bertauliah, Berpengalaman, Berkemahiran Dan Terlatih Serta Berdaftar Dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Di Bawah Seksyen 23, Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 Atau Lebih Dikenali Dengan Akta 775 dan juga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 3) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Sijil Perakuan Pengamal Berdaftar Pengubatan Islam

Sijil Kemahiran Malaysia @ Malaysian Skills Certificate

Konsep 'Ilaj Syar'ie

Ciri-Ciri 'Ilaj Syar'ie

Punca Penyakit Di Dalam Islam

Sabda Rasulullah S.A.W Yang Bermaksud,
"Sesungguhnya Di Dalam Diri Manusia Itu Ada Seketul Daging. Jika Sekiranya Daging Itu Baik, Maka Baiklah Seluruh Anggota Tubuh Badannya.
Namun, Jika Seandainya Daging Tersebut Rosak, Maka Rosaklah Seluruh Anggotanya. Daging Yang Dimaksudkan Adalah Hati @ Qalbu".
(Hadis Riwayat Bukhari)

Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam @ 'Ilaj Syar'ie

'Ilaj Tauhid (Terapi Tauhid)

Untuk Merawat Penyakit-Penyakit Yang Melibatkan Sistem Kepercayaan (Belief System) Seseorang. Di Dalam Islam Ia Berkaitan Dengan Kepercayaan Terhadap Aspek Rukun Iman Seperti Percaya Kepada Allah Dan Konsep Taqdir.

'Ilaj Ruhi (Terapi Roh)

Antara Elemen Yang Sangat Ditekankan Kepada Klien @ Pesakit Di Dalam 'Ilaj Ruhi Adalah Kewajipan Mendirikan Solat Fardhu, Membaca Al-Quran, Mengamalkan Zikir, Berdoa, Terapi Wuduk, Terapi Azan Dan Lain-Lain Lagi.

'Ilaj Khuluk (Terapi Tingkah Laku)

Melibatkan Penyucian Hati @ Jiwa (Al-Takhalli) Dan Juga Pengisian Hati @ Jiwa (Al- Tahalli), Di Samping Perlu Memantapkan Keimanan Dengan Mempertingkatkan Ibadah Dan Mengapplikasikan Akhlak Al-Mahmudah.

'Ilaj Ruqyah (Terapi Ruqyah)

Sebuah Terapi @ Rawatan Dengan Cara Membacakan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Doa-Doa Perlindungan Yang Bersumberkan Dari Sunnah Rasulullah S.A.W., Amalan Salafussoleh Dan Ulamak Muktabar Yang Dibenarkan Syarak.

Ruqyah Online

Alternatif Rawatan Islam Ruqyah Syar'iyyah Yang Dijalankan Secara Maya (Digital) Untuk Merawat Pelbagai Gangguan Emosi, Tekanan Dan Spiritual Melalui Bimbingan Jarak Jauh Secara Atas Talian Walau Di Mana Anda Berada Bagi Mencapai Ketenangan Emosi, Mental, Fizikal Dan Spiritual.

Rawatan Pagar Rumah & Premis

Rawatan Memagar Rumah Secara Islamik Bertujuan Untuk Mengembalikan Ketenangan, Keselamatan Dan Keharmonian. Turut Tersedia Rawatan Memagar Kedai, Pejabat, Taska, Tadika, Homestay, Restoran, Klinik, Butik, Salun Dan Premis Lain.