Pihak Kami Menggunakan Integrasi 3 Elemen Dan Pendekatan Di Dalam Rawatan Pengubatan Islam Seperti Berikut:-
Satu Proses Memberi Bantuan Dan Bimbingan Dari Aspek Fizikal, Rohani Dan Spiritual Kepada Seorang Atau Lebih Klien Yang Normal Dan Sedang Menghadapi Masalah Dalam Hidupnya
Sebuah Disiplin Ilmu Yang Menggabungkan Elemen Psikologi Dan Kerohanian Berteraskan Teori Dan Amalan Dalam Islam Bersumberkan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak Dan Salafussoleh
Satu Kaedah Rawatan Berasaskan Syariah Dan Kerohanian Islam Untuk Menangani Penyakit Yang Menimpa Seseorang Berasaskan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak Dan Salafussoleh
PERHATIAN: Bersama-sama Dengan 3 Pendekatan Di Atas, Pihak Kami Juga Menerapkan Elemen Pemantapan Akidah, Perlaksanaan Ibadah, Pengukuhan Akhlak Dan Penghayatan Beragama Di Dalam Setiap Sesi Rawatan Untuk Kesan Penyembuhan Yang Lebih Optimum, Dengan Izin Allah.
Mu’alij (Perawat) Kami Merupakan Pengamal Pengubatan Islam (‘Ilaj Syar’ie) Profesional Yang Bertauliah, Berpengalaman, Berkemahiran Dan Terlatih Serta Berdaftar Dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Di Bawah Seksyen 23, Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 Atau Lebih Dikenali Dengan Akta 775.
Untuk Merawat Penyakit-Penyakit Yang Melibatkan Sistem Kepercayaan (Belief System) Seseorang. Di Dalam Islam Ia Berkaitan Dengan Kepercayaan Terhadap Aspek Rukun Iman Seperti Percaya Kepada Allah Dan Konsep Taqdir.
Antara Elemen Yang Sangat Ditekankan Kepada Klien @ Pesakit Di Dalam 'Ilaj Ruhi Adalah Kewajipan Mendirikan Solat Fardhu, Membaca Al-Quran, Mengamalkan Zikir, Berdoa, Terapi Wuduk, Terapi Azan Dan Lain-Lain Lagi.
Melibatkan Penyucian Hati @ Jiwa (Al-Takhalli) Dan Juga Pengisian Hati @ Jiwa (Al- Tahalli), Di Samping Perlu Memantapkan Keimanan Dengan Mempertingkatkan Ibadah Dan Mengapplikasikan Akhlak Al-Mahmudah.
Sebuah Terapi @ Rawatan Dengan Cara Membacakan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Doa-Doa Perlindungan Yang Bersumberkan Dari Sunnah Rasulullah S.A.W., Amalan Salafussoleh Dan Ulamak Muktabar Yang Dibenarkan Syarak.
Antara Kes Yang Selalu Dirujuk Kepada Pihak Kami Biasanya Melibatkan Perkara-Perkara Berikut:-
Setelah Selesai Menjalani ‘Ilaj Syar’ie (Rawatan) Klien @ Pesakit Hendaklah Terus Istiqomah Melakukan Perkara-Perkara Berikut:-
Ada juga yang menghubungi pihak kami untuk mendapatkan perkhidmatan Rawatan Solat Hajat. Terdapat pelbagai jenis hajat yang dinyatakan dan ianya bergantung kepada setiap individu. Antaranya hajat yang berkaitan masalah penyakit yang sudah lama dan tidak sembuh, masalah dengan pasangan, masalah pekerjaan, masalah perniagaan, masalah jodoh, masalah anak degil, masalah anak lari dari rumah, hilang barang berharga, menghilangkan ketagihan dan lain-lain lagi.
Biasanya Rawatan Solat Hajat ini dilakukan di atas permintaan diri sendiri atau orang yang berhajat. Walau bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu, ianya boleh dilakukan di atas permintaan pasangan, ibu bapa dan waris pesakit. Bahkan ia juga boleh dilakukan dengan tanpa pengetahuan diri orang @ pesakit yang hendak dirawat itu. Sila hubungi pihak kami sekiranya anda memerlukan perkhidmatan ini.
Anda Dijemput Untuk Menyertai Group Whatsapp Rawatan Pengubatan Islam. Pihak Kami Akan Berkongsi Maklumat Berkaitan Doa, Tazkirah, Motivasi, Amalan Harian, Ayat-Ayat Ruqyah, Ayat-Ayat Pendinding, Perkara Berkaitan Jin, Makhluk Halus, Sihir, Saka, Santau, Susuk Dan Apa-Apa Sahaja Perkara Yang Berkaitan Dengannya Dari Semasa Ke Semasa.
Rawatan Pengubatan Islam
12 Lebuhraya Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
MALAYSIA
admin@RawatanPengubatanIslam.com
Selasa: 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Rabu: 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Khamis: 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Jumaat: 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Sabtu: 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Ahad: 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Isnin: CUTI REHAT
+6011-12762166 (Ustaz Amin)
© 2025 RawatanPengubatanIslam.Com | Semua Hak Cipta Terpelihara
WhatsApp Kami