Rumah sepatutnya menjadi tempat yang paling selesa, selamat, aman, tenteram dan penuh rahmat. Tetapi ada rumah yang bila kita masuk ke dalamnya, terus rasa seram semacam, dada berdebar atau penghuni sering sakit tanpa sebab. Dalam Islam, kita diajar bahawa gangguan jin dan makhluk halus itu memang wujud. Sebab itu, antara ikhtiar yang dilakukan oleh para Perawat Islam ialah Rawatan Pagar Rumah, sebagai benteng rohani daripada gangguan yang tidak nampak.
Rawatan Pagar Rumah adalah satu ikhtiar Ruqyah Syar’iyyah yang dilakukan untuk membentengi rumah dan kawasan kediaman daripada gangguan makhluk halus. Ia bukan sekadar membaca doa semata-mata, tapi melibatkan:-
Membaca ayat-ayat ruqyah tertentu.
Membaca doa dan zikir khusus.
Amalan zikrullah agar rumah sentiasa dijaga oleh malaikat.
Merenjis air ruqyah di dalam rumah.
Rumah kita boleh menjadi sasaran gangguan jin dan sihir kerana beberapa sebab, antaranya:-
Rumah ditinggal lama tanpa penghuni– Ada jin yang sudah menetap lama dan tidak mahu keluar dari rumah.
Perbuatan sihir – Ada orang yang sengaja hantar sihir masuk ke rumah.
Amalan penghuni sendiri – Rumah selalu kosong daripada zikir, bacaan Al-Quran dan solat, menyebabkan jin mudah masuk.
Gangguan ‘laluan’ – Ada rumah dibina di kawasan tertentu seperti bekas kubur, bukit, sungai, tasik, kolam atau laluan makhluk halus.
Kalau rumah yang ada gangguan, biasanya penghuni rumah akan mengalami tanda-tanda berikut:-
Bunyi pelik seperti orang berjalan, ketukan di dinding atau pintu tanpa sebab.
Bau busuk atau hanyir datang tiba-tiba.
Lampu sering berkelip atau barang selalu jatuh tanpa sebab yang logik.
Suasana rumah terasa panas atau penghuni tidak selesa tinggal lama di dalam rumah.
Anak-anak kecil kerap menangis tanpa sebab terutama pada waktu malam.
Sering mimpi buruk, mimpi binatang berbisa atau rasa ditindih ketika tidur.
Sakit misteri seperti selalu demam, pening atau lesu walaupun dah berubat moden.
Suami isteri sering bergaduh tanpa punca dan sebab yang jelas.
Rezeki tersekat, bisnes merudum, kerja selalu bermasalah bila duduk dalam rumah itu.
Kesimpulan
Rawatan Pagar Rumah bukanlah jampi serapah atau ilmu yang pelik, tetapi ikhtiar Syar’ie berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Rumah yang dipagar dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, doa dan zikrullah akan lebih tenang, berkat dan dijauhi dari gangguan jin.
Untuk makluman, pihak kami ada menyediakan Perkhidmatan Rawatan Pagar Rumah ke seluruh Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan dikawasan sekitarnya dengan terma dan syarat serta kos rawatan yang dipersetujui bersama.
Selain rumah, pihak kami juga sering menerima jemputan untuk ‘memagar premis‘ seperti kedai, pejabat, taska, tadika, homestay, restoran, klinik, butik, salun dan lain-lain premis lagi.
Sekiranya sesiapa yang sedang membaca artikel ini mengalami simptom gangguan di rumah atau premis seperti yang disebutkan di atas, jangan tunggu lagi. Bertindak sekarang. Segera buat TEMUJANJI untuk Rawatan Pagar Rumah atau Rawatan Premis agar rumah dan premis anda sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T.
WhatsApp Kami