KESEMBUHAN TOTAL SETELAH MELAKUKAN IBADAH UMRAH
Ramai pesakit yang mengalami gangguan misteri sering melalui perjalanan yang sangat panjang dalam mencari penawar. Ada yang sudah bertahun-tahun berubat, sudah berjumpa ramai perawat, menghabiskan banyak wang, namun kesembuhan masih belum juga kunjung tiba. Kisah ini bukanlah asing, malah menjadi ujian yang sangat berat bagi mereka yang diuji dengan sakit yang tidak dapat dijelaskan secara zahir atau pun melalui perubatan moden.
Seorang pesakit yang telah lama menderita gangguan sebegini berkongsi pengalamannya. Beliau sudah berusaha sedaya upaya – dari rawatan moden sehinggalah ke rawatan tradisional dan Ruqyah Syar’iyyah. Namun, setiap kali dirasakan sembuh, sakit itu datang kembali dengan lebih kuat. Perasaan putus asa dan kecewa mula menghantui, namun beliau tetap yakin bahawa Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya bersendirian tanpa jalan keluar.
Dengan izin Allah, pada suatu hari pesakit ini terpilih untuk menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci, untuk menunaikan ibadah umrah. Sejak melangkah kaki di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, hati beliau terasa tenang dengan suasana penuh barakah. Setiap langkah di dalam Raudhah dan tawaf di sekeliling Kaabah dirasakan seolah-olah beban yang selama ini menjerut jiwa mula terlerai. Air mata tidak berhenti mengalir ketika berdoa di Multazam, di belakang Makam Nabi Ibrahim, Hijr Ismail, Bukit Safa, Bukit Marwah memohon kesembuhan total daripada Allah Yang Maha Menyembuhkan.
Semasa melakukan Sa’ie antara Safa dan Marwah, pesakit ini terbayang penderitaan Siti Hajar mencari air untuk Nabi Ismail A.S. Keyakinan bertambah bahawa tiada mustahil bagi Allah untuk memberi jalan keluar daripada ujian yang dihadapi. Doa demi doa dipanjatkan dengan penuh pengharapan, diiringi keikhlasan hati yang menyerahkan sepenuhnya urusan kepada Allah S.W.T (Total Surrender).
Subhanallah, setelah kembali ke tanahair dari melakukan ibadah umrah, pesakit ini mendapati dirinya benar-benar sembuh. Tiada lagi gangguan, tiada lagi kesakitan misteri yang selama ini menghantui hidupnya. Hatinya menjadi lapang, badannya terasa ringan, malah jiwanya lebih dekat dengan Allah. Kesembuhan yang dicapai bukan hanya pada fizikal, tetapi juga pada mental, emosi dan spiritual – satu bentuk kesembuhan total yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
Kisah ini mengajar kita bahawa ibadah umrah bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi sebuah perjalanan spiritual yang mampu membuka pintu kesembuhan dan keajaiban. Sesungguhnya Allah jualah yang menyembuhkan, dan apabila hamba-Nya datang merintih di rumah-Nya dengan penuh pengharapan, maka pertolongan-Nya amat dekat.
Firman Allah SWT dalam Surah Ash-Syu’ara’ ayat 80:
“Dan apabila aku sakit, maka Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku.”
Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada mereka yang diuji dengan kesakitan. Jangan pernah berputus asa dalam mencari kesembuhan, kerana kadang-kadang jawapan itu hadir bukan sekadar dalam bentuk rawatan, tetapi melalui ibadah, doa dan pengabdian kepada Allah S.W.T.





Sekiranya anda dan keluarga berhajat untuk mendapatkan perkhidmatan Mutawwif Profesional, Pembimbing Umrah Personal atau Pegawai Pengiring Umrah untuk melakukan ibadah Umrah Syifa’ dan melakukan Rawatan Islam Syifa’, Sesi Kaunseling Individu @ Keluarga, Terapi Psikospiritual Islam serta Terapi Penyucian Jiwa (Tazkiyah An-Nafs) di Tanah Suci Mekah dan Madinah, sila hubungi/whatsapp 011-12762166 untuk maklumat lanjut.